Kempen Internet Selamat (KIS) di SK Agama Sibu
17 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 16 July 2025, Rabu, Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Rantau Panjang telah menyertai Kempen Internet Selamat di SK Agama Sibu. Program ini adalah Anjuran bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Sibu Division, Jabatan Penerangan Sibu, Komuniti Madani Bahagia Jaya Teku dan NADI Teku, NADI Pahlawan dan NADI Rantau Panjang . Program ini dijalankan pada pukul 7.30am – 11am.
Tujuan webinar ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar sekolah rendah tentang risiko internet dan menerangkan had umur menggunakan media sosial. Modul ini lebih kepada pelajar tahap 2. Penganjur juga telah menjalankan aktiviti bersama pelajar berkaitan Keselamatan Internet iaitu kuiz soal jawab.
Semoga program ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Diharapkan dengan adanya program ini, ia dapat membantu dalam pelajar bawah umur untuk berhati hati dengan risiko risiko di dalam internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: